30 September, 2007

Adab & SUnnAH


1.ADAB PERGI KE MASJID
v Berwudhu di rumah. (Hr. Bukhari)
v Melangkah kaki pendek-pendek ketika berjalan ke masjid untuk solat. (at Targhib)
v Melepaskan sandal kiri terlebih dahulu,tetapi melangkah masuk ke masjid mendahulukan kaki kanan. (at Targhib)
v Berdoalah antara adzan dan takbir, pada masa ini doa-doa maqbul. (Hr. Tirmizi)


2.ADAB DIDALAM MASJID
v Masuk dengan kaki kanan dan membaca ‘ALLAHUMAFTAHLI ABWABA RAHMATIQ’
v Solat sunat tahyatul Masjid sebelum duduk
v Banyakkan 4 perkara iaitu:
o Dakwah
o Taklim& taklum
o Ibadah
o Khidmat
v Jangan lunjurkan kaki ke kiblat
v Jangan berbuat bising,cerita hal dunia atau membawa surat khabar & majalah.
v Dilarang berjual beli didalam masjid
v Duduk dalam Majlis ijtimai berbanding Majlis infradi
v Membuat amalan seperti membaca Alquran,Berzikir atau bersolah sunat di saf hadapan.
v Niat itiqaf didalam Masjid
v Tidak boleh menghulurkan senjata didalam Masjid.
v Barang sendiri yang hilang tidak boleh dibuat pengumuman didalam masjid,sebaliknya barang yg dijumpai boleh.
v Keluar Masjid dengan kaki kiri dan membaca ‘ALLAHUMMA INNI AS ALUKA MIN FADLIGH’


3.ADAB MAKAN
v Pastikan makanan yang hendak dimakan adalah dari sumber yang halal.
v Disunnahkan menggunakan saprah ketika makan.
v Membasuh tangan dan berkumur-kumur sebelum dan sesudah makan.
v Disunnahkan makan berjemaah, tidak makan secara bersendirian (HR. Abu Daud)
v Disunnahkan menunggu makanan. Apabila makanan sampai, baca doa sebelum makan.
v Ketika makan berjemaah maka orang yang paling shalih atau orang yang paling tua dipersilakan untuk memulai mengambil makanan. (Hr. Muslim)
v Berniat, “Saya makan supaya memperoleh kekuatan untuk beribadah kepada Allah.” (at Targhib)
v Duduk di lantai dan makan dgn salah satu dari cara berikut:
1. Duduk di atas kaki kiri sambil lutut kanan ditegakkan.
2. Duduk di atas kedua-dua kaki seperti dalam keadaan tasyahud.
3. Berjongkok dengan punggung agak menjauh dari tanah.
v Apabila kita lupa membaca doa sebelum makan, maka bacalah “Bismillahi awwaluhu wa akhiruhu”.
v Makan dengan menggunakan tangan kanan. (Ibnu Majah)
v Mulakan makan dengan tiga jari dan bacalah “ Bismillahi wa’ala barokatillah “.
v Makan mulai dari yang paling dekat. (Hr. Tirmidzi)
v Merasa cukup dan sabar atas makanan yang dihidangkan. (Hr. Malik)
v Makanan yang masih panas jangan dimakan, tetapi menunggu hingga dingin dahulu. (Hr. Ahmad)
v Jangan meniup makanan atau minuman yang masih panas. (Hr. Tirmidzi)
v Jika kita sedang makan ada makanan yang jatuh ke atas saprah, maka pungut dan makanlah. (Hr. Ibnu Majah)
v Sewaktu makan didiklah sifat ikramul muslimin. Jika ada kekuatan, cubitkan makanan dan agihkan kepada rakan-rakan yang lain. Jika tidak, letakkan makanan tersebut di tengah-tengah talam agar rakan yang lain mudah mengambilnya.
v Elakkan dari berbicara ketika mulut penuh dengan makanan.
v Sesudah makan jari-jari tangan dijilat, dan juga tidak menyisakan makanan di atas talam. (Hr. Thabrani)
v Jari tengah yang dijilat pertama kali, kemudian jari telunjuk dan terakhir adalah ibu jari. Jika lebih dari tiga jari yang digunakan, sesudah ibu jari, jilatlah jari kelingking dan terakhir jari manis. (Hr. Thabrani)
v Selepas makan hendaklah membaca doa sesudah makan.
v Saprah dibersihkan dan diangkat sebelum orang yang makan berdiri. (Ibnu Majah)


4.ADAB MINUM
v Hendaklah minum dengan tangan kanan. (Khasail Nabwi)
v Minum paling kurang tiga teguk secara terpisah. (Hr. Tirmidzi)
v Membaca Bismillah pada permulaan dan Alhamdulillah sesudahnya. (Hr. Bukhari)
v Tidak meniup ke dalam minuman yang panas. (Hr. Abu Dawud)
v Duduk ketika minum, jangan berdiri. (Hr. Tirmidzi)
v Berdiri ketika minum air zam-zam diperbolehkan. (Hr. Tirmidzi)
v Menggunakan air yang disimpan semalam untuk minum asalkan ditutup. (Hr. Bukhari)
v Tidak minum dari tepi bibir gelas yang sumbing. (Hr. Abu Dawud)


5.ADAB TIDUR
v Membaca Bismillah ketika menutup atau mengunci pintu-pintu. (Hr. Bukhari)
v Membaca Bismillah ketika menutup bejana-bejana yang berisi makanan dan minuman. (Hr. Bukhari)
v Memadamkan api yang sedang menyala. (Hr. Bukhari)
v Menebaskan debu tempat tidur sebelum pergi tidur. (Misykat)
v Membentangkan sendiri tempat tidurnya. (Hr. Muslim)
v Berwudhu kemudian melaksanakan solat dua rakaat.
v Diperbolehkan menunaikan solat Witir sebelum tidur.
v Sebelum tidur membaca surah al Ikhlas, al Alaq, dan an Nas, kemudian ditiupkan ke atas telapak-telapak tangan dan menggosokkan ke seluruh tubuh. (Hr. Tirmidzi)
v Memakai bantal. (Hr. Muslim)
v Membaca doa sebelum tidur.
v Membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, dan kalimah Thoyyibah satu kali sebelum tidur. (Misykat)
v Tidur di atas sisi kanan badan menghadap kiblat. (Hr. Bukhari)
v Sunnah tidur dengan tangan kanan menyangga kepala dan dengan lutut ditekuk. (Hr. Bukhari)
v Tidur dalam keadaan bersuci, iaitu dengan wudhu dan mandi jika perlu. (at Targhib)
v Meletakkan sajadah di samping kepala untuk solat tahajud. (Hr. Nasai)
v Sesudah mimpi buruk hendaklah membaca, a’audzubillahi minasyaitonirrojim dan meniup ke samping kiri 3 kali. (Hr. Bukhari Muslim)
v Menyediakan siwak dan air untuk berwudhu. (Hr. Muslim)
v Tidur dengan niat untuk bangun solat Tahajjud. (Hr. Nasai)
v Solat Tahajjud sebelum fajar tiba. (Misykat)


6.ADAB KETIKA BANGUN TIDUR
v Membaca doa setelah bangun tidur.
v Ketika bangun dari tidur, gosokkan punggung tangan pada wajah dan mata agar benar-benar terbangun.
v Bersiwak ketika bangun tidur. (Hr. Abu Dawud)
v Cuci kedua belah tangan pada air yang mengalir.


7.ADAB TANDAS
v Ketika masuk tandas Rasulullah SAW selalu memakai alas kaki dan tutup kepala. (Hr. Ibnu Sa’ad)
v Beberapa langkah sebelum sampai ke pintu tandas, bacalah doa masuk tandas.
v Masuk tandas dengan mendahulukan kaki kiri. (Hr. Ibnu Majah)
v Perhiasan berupa cincin dan kalung, yang tertulis nama-nama Allah dan RasulNya, atau terdapat ayat-ayat al Quran jangan dipakai ketika memasuki tandas. (Hr Nasai)
v Ketika membuang hajat jangan duduk menghadap atau membelakangi kiblat. (Hr. Tirmidzi)
v Ketika buang hajat jangan berbicara kecuali dalam keadaan ketakutan. (Misykat)
v Ketika membuang air kecil tangan kanan jangan menyentuh kemaluan, tetapi memakai tangan kiri. (Hr. Bukhari Muslim)
v Hendaklah membuang air sambil mencangkung.
v Hendaklah sangat menjaga percikan air kencing yang memantul agar tidak mengotori kaki. (Hr. Tirmidzi)
v Sesudah membuang air kecil hendaklah berdehem sebanyak tiga kali.
v Sesudah membuang hajat, bersihkan kemaluan dengan tanah atau tisu, kemudian mencucinya dengan air.
v Ketika keluar dari tandas, langkahkan kaki kanan terlebih dahulu dan membaca doa. (Hr. Tirmidzi)


Cd khemah ibadah

Disini juga dimuatkan Video Intro bagi CD KHEMAH IBADAH 2OO7 yang akan dilancarkan pada 4 oktober ini,moga dengan wujudnya CD kenangan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara peserta dan juga fesilitator serta memperbaiki segala kelemahan yang ada..Amin!!

25 September, 2007

GALERI GAMBAR



Malam Keinsafan

Pada Tentatif, berlangsungnya malam Muhasabah diri pada Jam 11.oo mlm di Dewan SUrau..Namun,pelajar dituntun Masuk kedalamnya dan diasingkan..kemudian pelajar didengarkan Zikir Munajat Beserta Kisah ttg Azab KUbur serta Zikir Taubat dan DOa HidaYat dan KeAmpunan..Ternyata KEsaN aMat Mendalam pada Para Peserta yang amat Bersedih ttg Diri dan Mula beraZam utk bertauBat dan membetulkaN DIri ke JALAN yg BENar.

Walaupun dalam perasaan penuh hiba,semua peserta dapat terus meneruskan perjuangan dengan penuh pengorbanan dan tangisan Airmata,sesungguhnya airmata org yang bertahajud dan yang bertaubat sepenuhnya pada ALLAH akan memadam Api NEraKa.




24 September, 2007

BayaN MaULANa ABDULLAH

Antara program yang paling bermanfaat ialah ceramah dari Maulana Abdullah,yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Masjid Sri Petaling dan telah belajar Muallim selama 11 tahun di Pakistan..


aPa yang amat bermanfaat ialah,beliau menceritakan betapa pentingnya menyedari diri sebagai HAMBA ALLAH dan berusaha padanya,dan menjaga 4 pancaindera mengikut kesukaan ALLAH.antara point yang dimuatkan dalam ceritanya ialah..

  • ketaatan perintah Allah akan menyebabkan ALLah suka dan keluarkan kebaikan dari diri kita utk org lain.
  • Penciptaan ALLAH adalah penuh hikmah,Manusia perlu jaga hikmah tersebut..Jaga Pancainderanya,Maka ALLAH akan menjaganya
  • Sifat Ikhlas bermula dari Ria'k..iaitu jika kita bermula dengan berpura-pura lama kelamaan akan menjadi ikhlas..
  • Belajar bermaksud (taghrib) @ latihan.
  • Peranan Manusia adalah hamba ALLAH dan beribadat hanya pada ALLAH.
  • sesiapa yang berpuasa 1 hari,ALLAH akan jauhkan dari api neraka spt burung gagak terbang dari kecil hingga dewasa tua jatuh dan mati (gagak hidup paling lama 250tahun)
  • kita terikat dengan Perintah ALLAH iaitu menjadi hamba ALLAH sepenuhnya.
  • Usahakan Iman seperti Allah melihat kita & kita Melihat ALLAH.
  • 60% khusyu dalam solat akan datang pabila kita rasa Allah Melihat kita.
  • Mata adalah utusan Syahwat@ Panah Syaitan
  • LAtih Mata dgn memandang apa yg ALLAH suka sahaja sampai Mati.
  • Dunia Ibarat Bangkai,yang suka cuma anjing shj.
  • Jauhi kamu dari dunia dan FITNAH WANITA.
  • Orang yang Hatinya bersih hanyalah maksudnya utk ALLAH.
  • Jaga telinga dgr perkara yg baik shj,akan menambah kemanisan IMAN.
  • Jaga peRIntah ALLAH maka ALLAH jaga Kita (Maiyatullah) @ Ahlullah(Teman ALLAH)
    Fungsi Khalifah adalah memberi kebaikan kpd orang Lain.
  • Pabila Manusia taat perintah ALLAH,ALLAH akan keluarkan dari mereka Munafaat Utk org Lain.
  • Remaja yang terbaik,dapat kawal nafsunya dia lebih baik dari MAlaikat(Nafsu ditekan, Iman ditingkatkan.
  • Matlamat ialah 'agama yang sempurna masuk dalam hidup kita'
  • Saling Dakwah,Ingat mengingati dantinggalkan perkara yang sia-sia.
  • tiada Tarbiah yang lebih baik selain Tarbiah Agama.
  • Jaga nama baik Agama,ALLAH akan guna kita utk kebaikan seluruh Dunia.
  • Siapa berpuasa diJALAN ALLAH,ALLAH akan jauhkan dia dari api neraka sejauh 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • seumur Hidup berpuasa utk gantikan Puasa Ramadhan Nescaya x boleh ganti.
  • Bulan Puasa buat LAtihan tutup aurat sempurna dan tinggalkan mengumpat dan cakap kosong.
  • Banyak sempurnakan amalan dan perintah ALLAH ketika bulan Ramadhan.
  • Aurat merupakan termometer (alat pengukur IMAN)
  • Zaman sekarang Merupakan Zaman Fitnah.
  • Makin banyak buat DOsa Makin berkurang Iman dan bertambah Nafsu.
  • tidak menutup aurat merupakan amalan zaman Jahiliah.
  • Seluruh jasad wanita adalah aurat kecuali muka dan tangan (jika tiada fitnah).
  • Aurat bukan fesyen tetapi merupakan penentu Syurga NEraKa..
  • 2 golongan yang Masuk neraka dan tidak dapat Syafaat Nabi ialah Orang yang MenzALimi orang Lain dan Wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang(nampak bentuk badan)
  • SIaPa yg jadikan SYariat Agama Maksud hidupnya maka ALLAH akan perlihara dirinya dan ZUriatnya.
  • Syarat Jika perlu berurusan dgn Wanita: 1. Tahan Pandangan(Lelaki&Wanita) 2.Berpakaian Sopan dan tutup Aurat sempurna. 3.Suara dijaga(tidak mendayu2) 4.xde bau (wangi0-wangian)
  • Lebah diceritakan oleh ALLAH dalam Al-Quran sbg conToh utk Manusia.

NAMA PESERTA MUSLIMIN

NAMA PESERTA KHEMAH IBADAH 2OO7

MOHD FAIZAL B. TAJUDDIN
06 DAT 07 F040
013 - 6082556

MUHAMMAD IRSHAD SYAFIQ B.MD ANUAR
06 DKA 07 F023

MOHD FAHMI B. MARSIM
06 DTP 07 F032
017 - 7863697

MOHD FARID B. OTHMAN
06 SKM 07 F075
019 - 6922476

MUHAMAD B. ABDULLAH
06 DAT 07 F054
012 - 2641281

MUHD ZULFADLI B. SAPIAN
06 SAD 07 F004
016 - 7900344

MOHD HAFIZ B. MUHD NAZIR
06 SKM 07 F043
012 - 7175247

MOHD NOOR AIZAT B. YUSOFF
06 SKM 07 F071
017 - 6997235

MOHD SYUKRI B. SALEH
06 SSB 07 F013
07 - 7502643

MOHD ZULFADLI ZAINAL ABIDIN
06 DKE 07 F041
017 - 3122936


MOHD FAUZI B. NAYAN
06 DTP 07 F073
017 - 3999642

MUHD FARID B. RAMLEE
06 SKE 07 F125
017 - 7831773

MUHD AMAR AIZAT B. ABDULLAH
06 DKA 07 F019
017 - 3097970

MUHD AIZAT B. MD NASER
06 DPR 07 F038
017 - 7937893

MUHD FIRDAUS B. MUSTAFA
06 DKM 07 F015
017 - 2046322

MUHD NASRULLAH B. BADARUDIN
06 DAT 07 F059
012 - 6451863

MOHD MUSTAQIM B. HUZAIM
06 DTP 07 F063
012 - 6618 984

ABDUL AZIZ B. ADNAN
06 DPR 07 F048
014 - 2342939

MUHD HAZWAN B. HAMSAN
06 SKE 07 F122
017 - 7893121

MUHD SYAFIQH B. NASARUDIN
06 SKM 07 F051
012 - 3244937

MOHD AL – HAFIZ B. AZAHAR
06 DKA 07 F001
012 - 7489772

MUHD SALIM B. OMARAMIAH
06 DTP 07 F024
012 - 2294524

SYAMSUL HAZIZAT B. AZIZ JAAFAR
06 SAD 07 F034
07 - 3873086

MOHD ELYAS B. MOHD ZAID
06 DKE 07 F075
012 - 9379356

SALIH B. HJ ABU BAKAR
06 DKM 07 F031
017 - 6825689

MUHD SYAHRILNAZRIN B. MUHD REDZUAN
06 DKA 07 F050
017 - 2588150

TENTATIF PROGRAM

21/09/07 (JUMAAT)- HARI PERTAMA

3:00 PTG : -BERTOLAK DARI POLITEKNIK
(BERKUMPUL DI P.I)
-BERHENTI UTK SOLAT ASAR
5.30 PTG : -DIJANGKA TIBA DI DESTINASI
-MENGEMAS BARANG DAN
MEMASANG KHEMAH
6:00 PTG: -TAKLIMAT DAN PEMBERIAN
BARANG AMANAH
-TADARUS ALQURAN
6:30 PTG: -PERSIAPAN BERBUKA DAN SOLAT
MAGHRIB
-ADAB MAKAN
7:00 MLM: -BERZIKIR DAN MUNAJAT
7:30 MLM: -BERBUKA PUASA, SOLAT
MAGHRIB
-TAKLIM (FADHILAT RAMADHAN)
8:30 MLM: -SOLAT ISYAK,SOLAT TARAWIH
-TADARUS ALQURAN
10:00 MLM: -MINUM MALAM
-BACA KISAH SAHABAT
-ADAB TIDUR (KUMPULAN)
10:45 MLM: -TIDUR
4:00 PAGI: -SOLAT TAHAJJUD
-SAHUR
5:30 PAGI: -ZIKIR MUNAJAT
6:00 PAGI: -SOLAT SUBUH
-KULIAH SUBUH
-TADARUS AL-QURAN


22/09/07 (SABTU)- HARI KEDUA

7:00 PAGI: -RIADAH RINGAN
8:00 PAGI: -ADAB MASUK TANDAS
-MANDI, BERKEMAS DAN BUAT
PERSIAPAN
9:00 PAGI: LDK 1 (6 SIFAT SAHABAT)
11:00 PAGI: -GAME DAN KUIZ (TEKA-TEKI
MENGENAI LDK)
-SOLAT SUNAT DUHA
12:30 TGH: REHAT DAN PERSIAPAN SOLAT
2:00 PTG : TADARUS ALQURAN
(TERJEMAHAN)
2:30 PTG : LDK 2 (KENALI SAHABAT)
4:20 PTG : PERSIAPAN DAN SOLAT
-TAKLIM DAN TASMIK BACAAN
SOLAT
5:00 PTG : -RIADAH LUAR (CHECKPOINT)
6:30 PTG : PERSIAPAN UTK BERBUKA DAN
SOLAT
7:00 MLM: ZIKIR MUNAJAT
7:30 MLM: -BERBUKA PUASA DAN SOLAT
-TAZKIRAH RAMADHAN
8:30 MLM: -SOLAT ISYAK DAN TARAWIH
-MINUM MALAM
10:30 MLM: -ZIKIR MUNAJAT DAN
MUHASABAH
-TIDUR
3:30 PAGI: -SOLAT TAHAJJUD&SAHUR
5:30 PAGI: ZIKIR MUNAJAT
6:00 PAGI: -SOLAT SUBUH
-KULIAH SUBUH&BACAAN YAASIN


23/09/07(AHAD)- HARI KETIGA

7:00 PAGI: MANDI, BERKEMAS DAN BUAT
PERSIAPAN
8:00 PAGI: RIADAH RINGAN
9:00 PAGI: LDK 3 (POISON BOX)
11:00 PAGI: -GAME DAN KUIZ
-SOLAT SUNAT DUHA
-TADARUS ALQURAN/TAFSIR
12:00 TGH: -POST MORTEM
-PENYAMPAIAN HADIAH
1:00 PTG : -PERSIAPAN DAN SOLAT
-BERKEMAS DAN PULANG

Carta Organisasi

Berikut adalah Nama2 fesilitator yang telah mengambil Bahagian..



CARTA ORGANISASI PROGRAM

PENGARAH PROGRAM
MOHD AMINUR RASID BIN MOHD ALI (SEMESTER 5)

PENOLONG PENGARAH PROGRAM
NUR AIMI HAKIMAH BT MD FIAH (SEMESTER 3)

KETUA FASILITATOR
MOHD AMINUR RASID BIN MOHD ALI (SEMESTER 5)

FASILITATOR MUSLIMIN
· MOHD FAIZUL BIN SENANG (SEMESTER 5)
· MOHD NAJIB BIN SHABUDIN (SEMESTER 5)
· MOHAMAD FAHMI BIN ABD RAHMAN (SEMESTER 5)
· MUHAMMAD SAFUAN ABD RAHMAN (SEMESTER 3)
· KHAIDIL AZROL BIN HAZES@AZIZ (SEMESTER 6)

FASILITATOR MUSLIMAH
· FAIZAH BTE KADRI (SEMESTER 6)
· NORLIYANA BTE MOHD ANUAR (SEMESTER 6)
· NUR AIMI HAKIMAH BTE MD FIAH (SEMESTER 3)
· NORHAJAR BTE MAZNI (SEMESTER 5)
· NURUL SHAFIKA BTE JAAFAR (SEMESTER 5)
· NOOR LIZA BTE KHAIRUDIN (SEMESTER 5)

KHIDMAT MASAK & PERALATAN
· AHMAD IKHWAN BIN MOHAMED (SEMESTER 3)
· MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM (SEMESTER 3)
MOHD AFIQ (SEMESTER 3)
· ABDUL AZIZ BIN ZAINUDIN (SEMESTER 3)

Peserta

Kami Pihak pengurusan khemah ibadah telah mengajak lebih kurang 26 peserta Muslimin dan 28 peserta Muslimah dalam Program ini..dan alhamdulilah,kebanyakannya adalah dari Semester 1,mereka memberikan kerjasama secukupnya dalam menjayakan program ini..





IMaN dan TaQwA

Sempena PROGRAM KHEMAH IBADAH 2007 yang berlangsung pada tarikh 21/9/07 di KEM LAMBAIAN DANAU,JASIN MELAKA...dan telah tamat pada 23/9/07..program ini telah mendapat FEEDBACK atau respon yang Positif dari para peserta dan Pensyarah pengiring terutamanya..
POLITEKNIK PORT DICKSON sebagai satu medan pembelajaran yang khusus amat menekankan aspek kerohanian yang tinggi serta keSaBaran dalam pembelajaran..

sebelum bertolak?
peserta dipersiapkan dgn amalan rohani dengan memberi barang AManaH dan juga membawa AL-quran untuk amalan Tadarus AL-Quran..
peserta amat bertuah keRana:

  1. Dapat Menyertai KHEMAH IBADAH yang julung2 kalinya diadakan dan diasingkan Muslimin dan Muslimah.

  2. Memberi Pendedahan Fokus pada perkara Yang Akar Umbi iaitu IMAN!!

  3. Penceramah luar yang dijemput Khas dari SRI PETALING iaitu Maulana Abdullah..

  4. Makan Best, Dan Mandi di tepi Tasik.


syahdunye pemandangan...temenung keBESARAN ALLAH la tue...

AKTIVITI KHEMAH IBADAH

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengusahakan Iman,Ilmu dan amal para peserta seperti berikut:
1.program taklim-wataklum(belajar&mengajar)
2.ceramah-(Maulana Abdullah-Sri Petaling)
3.Tadarus Al-quran(Khatam 30 juzu)
4.Kiamullail (Tahjud,Hajat,Taubat,witir)
5.LDK (6 Sifat Sahabat R.A)
6.Quiz dan juga Teka Teki Agama
7.Riadah dan Sukan Ringan (Telefon Rosak)
8.Jungle Trekking (checkpoint)
9. malam Muhasabah Diri.
10. Zikir Munajat dan Tasbih.
11. Amalan Solat-solat sunat dan lain-lain

sebahagian pelajar sedang mendengar baYan Maulana Abdullah.

Aktiviti JUngle TrekkinG
bertujuan menguji peserta dari segi Ukhwah dan kesatuan hati, bersusah dan bersenang bersama-sama. Sentiasa menyayangi dan memikirkan tentang sahabat yang lain andai kita telah berada dalam kesenangan..



objeKtif KHEMAH IBADAH

Assalamualaikum..Syukur ke Hadrat Allah kerana dgn kehendaknya dapat kita bersama-sama menjayakan program KHEMAH IBADAH 2OO7 yang penuh menyentuh hati dan bermakna..


















Dikesempatan ini saya sebagai warga Politeknik Port Dickson mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta..


MAKSUD KHEMAH IBADAH

Ingin membawa kembali hakikat keImanan kepada para peserta dan juga fesilitator serta mendalami amalan sunnah dan adab Nabi S.A.W seharian serta mengetahui dan menghayati pengorbanan para Sahabat dalam memperjuangkan agama Islam yang Suci Ini..

KHEMAH IBADAH MERUPAKAN SEBUAH PROGRAM YANG BERMANFAAT UNTUK REMAJA UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT KEISLAMAN,JATIDIRI DAN MENGETAHUI SEDIKIT SEBANYAK ILMU AGAMA UNTUK DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN.


OBJEKTIF PROGRAM:
· MEMBETULKAN KEHIDUPAN DIRI DAN PERSEPSI KEJAYAAN
· MEMBENTUK HUBUNGAN DAN UKHWAH
· MENDALAMI SEBANYAK MUNGKIN ILMU AGAMA,ADAB-ADAB , FADHILAT DAN JUGA CARA SUNNAH.
· MEMBENTUK AKHLAK SEBAGAI PELAJAR ISLAM
· MEMBERI PENGISIAN JASMANI DAN ROHANI PADA PELAJAR.


ada apa dengan KHEMAH IBADAH?

Khemah iBadah 2oo7 telah membawa kelainan dengan memberi peluang pelajar sem 1 untuk bersama-sama memartabatkan IMAN,ILMU dan AMAL..dan tujuan utama adalah memupuk semangat dalam ibadah tanpa paksaan dan datang pada Agama dengan keredhaan Diri..

POLITEKNIK PORT DICKSON sememangnya menunggu program sebegini dapat diadakan,kerana ia dapat mengeratkan Silaturahim peserta dan juga fesilitator tanpa batasan..jiwa dan hati bersatu dengan keriangan dan kebahagiaan berAMAL dgn agama..

antara peserta khemah ibadah 2oo7

PENSYARAH PENGIRING
· UST. MUHAMAD RAMLE B SALLEH
· UST. TUAN HJ. ZAMRI
· UST. OMAR

gambar